
baru kini aku mengingati rakan2 taulanku d segamat
bukan aku sudah lupakan mereka
tetapi kali ini perasaan melalui detik2 indah BERSAMA
TERGAMBAR!!!
tetapi seperti yang di nyatakan sentiasa
paling jauh dari kita adalah masa lepas
jadi ia kini menjadi lipatan memori yang akan aku kenang
aku merasa rindu pada saat-saat itu
janganlah mereka melihat sisi diriku ini!
kawan-kawanku mohon maaf segala salah silap. dari sebesar zarah sehingga seluas lautan. moga perpisahan ini di ridhai-NYA. jika tidak punyai kesempatan, alam yang kekal jualah tempat pertemuan kita. semoga berjaya dengan apa jua yang di ceburi. sentiasa ingat pada-NYA. semoga dalam lindungan-NYA kawan-kawanKU
selepas ini masing2 belayar dalam pelayaran sendiri
menjadi nakhoda pada laluan2 yang membentuk masa depan mereka
aku sentiasa mendoakan mereka berjaya
kuharapkan tiada antara rakanku
menjadi salah satu titik hitam dalam dunia ini
rakan2ku
ku berharap satu masa nanti
kita akan berjumpa
pertalian kita selama ini
telah menjadi satu ikatan
yang tidak dapat dileraikan
dan akan sentiasa tersemat di hati jua fikiran
JUMPA LAGI SAHABAT - SAHABAT KU



2 comments:
Salam sahabat ku.
Lama juga kita tidak bersua, aku harap kau berada dlm keadaan sihat.
Dikala larut malam dan aku sendirian, terdetik saat-saat indah bersama kalian semua.
Detik bersama banyak menjadi nostalgia dalam hidup aku.
Sumpah tiada kawan sehebat kalian semua!
Sejak exam terakhir ku, aku dapat rasakan sebak dalam dada kerna aku takut akan perpisahan sebegini.
Aku harap sangat-sangat kita dapat berjumpa lagi suatu ketika nanti.
Banyak memori indah kita bersama. Dari suka ke duka...ahhhh, terlalu banyak semuanya sampai tak mampu ku tulis di sini.
Jumpa lagi Sahabat!bacte
moga tuan juga
Post a Comment