Friday, 13 August 2010

Boleh ke?

hari ini dah masuk hari ke-2 puasa
atau maknanya tinggal lagi 28 hari
atau 27 hari jika anak nulan keluar awal.

tahun demi tahun aku dapati puasa makin payah
harapannyer nak puasa mcm tabi'in
tapi rupenyer x dapat

sebab apa?!

Diari Ramadhan -1`

aku pegi keluar berjalan di bazar
aku lihat ramai gak r wanita yang aku
perhatikan pakai baju adik2 die
walhal tau dah sekarang ni bulan pose
tolong2 la hormati orang lain
kalo dalam rumah kalo ko rase nak
buat ape sekalipun buatlah
x de org nak larang
jangan bawak jantan dah lar
nanti kene humban dalam an-nar
PANASSSS!!!!

itu pun dah kurangkan keberkatan pose
aku fikir boleh ke nak capai maqam tinggi nih?

Diari Ramadhan -2'

aku baru lepas buat keje
relax jap
tengok tv
layan cite thai
dah syok2 layan
tiba2 jantung aku terhenti
memikirkan ini bulan pose
cite yang aku tengok tu pulak mana la nak tutup aurat
ye la orang thai
rambut kompem r free hair
takkan pakai hijab kot
kat malaysia ni pun ade yang pakai ade yang tak inikan pulak orang thai tu.
lepas tu aku pikir cite2 kat tv sume ade tunjukkan aurat wanita
terutamanya rambut
cite malaysia pun lebih kurang


habislah
kurang lagi keberkatan
pahle pose aku

boleh ke aku berharap dapat keberkatan penuh nih?!!!

bila di fikirkan balik hampir sume tempat ramai wanita
yang diluar sana suka tol mengurangkan pahle org lain
kalau bukan agama islam aku x de r nak marah
dah memang tu cara die berbaju
yang aku herannyer yang ISLAM nih
x penah nak ade rase takut dan hormat
care mereka berpakaian.
kalau tengok cerita jenis mcm talk show
cthnyer; MHI atau selamat pagi malaysia(SPM)
lebih kurang gak

ok lar bab cite kite boleh elak sebab bende tu sume genre lara
bulan pose nih
tapi kalau berite mcm mn pulak?
atau memang anda jenis berite tolak
muvie layan.....

berite bagi aku memang tak boleh tolak
suke atau tak memang kene tengok
sebab bende pasal negara nih
hampir sumenye di laporkan
dalam berite
sungguhpun berite nih alat2
sesetengah pihak

boleh ke aku nak pegi kedai sambil tutup mata?
karang silap2 aku yang entah ke mana perginye
aku nak pegi beli barang basah pun rase takut dah sekarang nih
ramai sangat jenis nak ajak org lain join an-nar!
aku klu boleh mintak sangat lar di jauhkan....
terutamanyer bulan pose nih yang dimakbulkan doa2 hambanyer

jadi aku pikir
boleh ke aku nak pose lebih baek dari taun lepas?
atau jadi pose yang hanya tahan lapar dan dahaga?
sumenye aku x de jawapan...
tapi untuk wanita2 diluar sana yang tidak cukup kain
tolong lar....
bulan pose nih
HORMAT lar orang yang berpose

aku rase r kene duduk hutan kot
tengok haiwan yang berbogel x per
dari tengok manuse berpakaian tapi BERBOGEL
lagi teruk dan hodoh

last skali aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
sentiasa lar penuhkan saat anda dengan ibadah

P/S; pose jangan x pose,pose penuh untuk sume


Sunday, 1 August 2010

apasal lak.....

suatu pagi
aku kene hantar mak aku
mak aku ade meeting ngan jiran
aku lupa mana aku letak kunci aku
lepas tu mak aku tanya

"dah carik lum?"

aku balas

"dah"

mak

"dik carik kat ne?, ma nak cepat nih"

aku

"kat facebook....."

mak

"anak bertuah @$$!^&"

sudahnya aku dapat cop lima jari.....

P/S: cuba jangan lawak dengan orang tua anda di waktu pagi. sudahnya azab.....

Monday, 14 June 2010

secebis peringatan....

wahai generasi kini

WASPADALAH!!!!

ketahuilah bahawa setiap saat
makhluk2 yang inginkan Malaysia
sebagai negaranya sentiasa peka

haruslah kamu bersedia
lihatlah sahaja ekonomi
siapa yang menjadi paksinya

janganlah kerana tamakkan harta
inginkan gagasan dituruti
pangkat diingini
harta ingin dinikmati sendiri

NEGARAMU dijadikan korban

dulu mereka mahu kerakyatan
kemudian subsidi
kuota-kuota
tidak cukup lagi!
mereka mahukan hasil negara

satu masa nanti tidak mustahil
mereka mahukan negara INI!

jadikan palestin sebagai iktibar
segala percaturan dan rencana mereka
adalah halus

negara kini
ibarat kayu dalam selut
semakin lama semakin tenggelam dalam

masa kamu kini sudah semakin suntuk
jika kamu masih lagi di zon selesa
maka tiada apa lagi harapan
untuk bumi ini
yang suatu masa dulunya
teguh
kuat
gagah

jangan biarkan masa silam
tinggal bekubur dan jadi sejarah

ayuhlah BANGUN! SEDARLAH!

Friday, 11 June 2010

sesuatu yang pasti

dulu aku selalu jugak la pegi kubur
ape yang aku paling ingat adalah talqin
ayat die yang aku takleh lupe sampai skrg

"MATI ITU DATANGNYA PASTI"

ayat ni dari umur aku baru 7 taun sampai la umur
aku nak masuk lewat 20-an aku msh igt lg
tapi aku sentiasa bertanya diriku
ade rakanku telah pergi meninggalkan
dunia,
bersediakah mereka?
jika aku dijemput?
bagaimana?
bersediakah?
tetapi itulah manusia harapkan
kemanisan dunia shj
antaranya

kalau belum kahwin
aku belum kahwin lagi oi....
aku nak hidup senang pun belum lagi

tapi sesuatu yang pasti
datangnya pasti

Monday, 31 May 2010

pertemuan itu menjadikan aku semakin tua

assalammualaikum dan salam sejahtera.

aku baru sahaja baru balik daripada PD atau lebih dikenali port dickson. sebelum sampai ke PD aku telah dahulu bermusafir ke johor. untuk menguruskan beberapa perkara yang belum lagi di selesaikan.

perjalananku ke johor telah aku rancang lebih kurang sebulan yang lepas. tetapi perancanganku ke PD adalah sesuatu yang tidak di rancang. d PD aku mtelah berjumpa rakan2 lamaku. sungguhpun tidak semua tetapi aku rasa gembira dapat berjumpa rakan2ku.

pada asalnya aku tidak dapat bersama agenda REUNION yang diadakan di PD ini. sebab aku ade hal yang aku perlu uruskan lebih penting. tetapi hati ingin nak sangat pergi. dipendekkan cerita hari sabtu(29/5) dan ahad(30/4) ini urusan yang penting tiba2 di batalkan oleh pihak kedua. bagai pucuk dicita ulam mendatang aku terus pergi ke PD. kita merancang hanya tuhan saja yang menentukan.

sewaktu aku berjumpa dengan rakan-rakanku ada antara mereka sudah berkerjaya dan ada juga masih lagi belajar. sewaktu aku bertemu dengan kawan2ku, terasa sugguh kejap 9 tahun sudah berlalu.

aku melihat diriku kini mungkin masih lagi meniti di usia pagi. mungkin bila ku celikkan mata untuk 10 tahun lagi diriku sudah semakin berubah terutamanya gaya hidupku. akan ku ingat segala yang lampau. yang baik dijadikan ikutan yang jahat jadi teladan

Friday, 21 May 2010

Kenangan.......


baru kini aku mengingati rakan2 taulanku d segamat
bukan aku sudah lupakan mereka
tetapi kali ini perasaan melalui detik2 indah BERSAMA
TERGAMBAR!!!

tetapi seperti yang di nyatakan sentiasa
paling jauh dari kita adalah masa lepas
jadi ia kini menjadi lipatan memori yang akan aku kenang
aku merasa rindu pada saat-saat itu
janganlah mereka melihat sisi diriku ini!

kawan-kawanku mohon maaf segala salah silap. dari sebesar zarah sehingga seluas lautan. moga perpisahan ini di ridhai-NYA. jika tidak punyai kesempatan, alam yang kekal jualah tempat pertemuan kita. semoga berjaya dengan apa jua yang di ceburi. sentiasa ingat pada-NYA. semoga dalam lindungan-NYA kawan-kawanKU


selepas ini masing2 belayar dalam pelayaran sendiri
menjadi nakhoda pada laluan2 yang membentuk masa depan mereka
aku sentiasa mendoakan mereka berjaya
kuharapkan tiada antara rakanku
menjadi salah satu titik hitam dalam dunia ini

rakan2ku
ku berharap satu masa nanti
kita akan berjumpa
pertalian kita selama ini
telah menjadi satu ikatan
yang tidak dapat dileraikan
dan akan sentiasa tersemat di hati jua fikiran


JUMPA LAGI SAHABAT - SAHABAT KU

Friday, 19 February 2010

otak celaru

apa yang dirasakan hari ini masih lagi pahit,
walau bertahun ku dah telan

HaYatILaH