Friday, 19 February 2010

otak celaru

apa yang dirasakan hari ini masih lagi pahit,
walau bertahun ku dah telan

Monday, 15 February 2010

Dinding......

Aku ade kenal sorang ni...
Aku bagi label sebagai Mr.A

Aku nak cite pasal A yg sebelum ni x pernah bercinta.
Die selalu cakap kat aku yang die selalu lihat perkara bercinta ni macam dinding
A cakap dinding bagi die susah nak panjat, atau lebih tepat lagi nak cari pempuan yang die suke

Tapi satu hari tu A cakap dinding yang selama ni dia lihat tinggi, tebal, pemukaan licin (pelik gak A ni...) dah runtuh...(lagi PELIK!!!!)
A cakap kat aku, die jumpa satu pempuan ni yang die suke sangat. (tu sebab kot dinding roboh)
A cakap pempuan tu baik sangat ngan die.....
Selalu sms...... (bazir kedit je)
Cakap-cakap manje.......(women nature je tuh)
Ambik berat pasal die......(nak ambik kesempatan)
macam-macam la.........

Aku cakap kat A, jangan harap sangat........ nanti kalau sebelum ni ko x leh panjat dinding....
ko ade masalah laen pulak...... Nak kutip kaca terabur.......
A kata Bende tu x jadi masalah
Belum cuba Belum tau. (A ni ada ketika overconfident)


Lepas tu aku dapat tau......... (A jugak cerita)
Pempuan tu (aku bagi label J lah....)
Yang si J ni x anggap si A sebagai someone special
J anggap A hanya kawan....
Dah kaca pecah......
Nak kene kutip lak tu.......
Bazir duet.....(sebab selalu sms)
Jiwa sakit.....(kate-kate manis J terngiang-ngiang kat telinga A)
aku jugak kene pujuk

Sampai sekarang A nak kene kutip kaca yang terabur tu.....
Tapi masalahnye aku jugak kene tolong....
sekarang ni aku pulak yang terluka kene kace-kace A yang dah pecah tu!
aku ni x de sape nak tolong....

aku sekarang x tau nak cakap macam mane kat A....
nak pujuk hati A
A ni kirenye orang yang rapat ngan aku semenjak azali lagi! (betul ke hah...?)
A kate die sampai sekarang teringat J lagi....
aku dah cakap dah kat A Bunga bukan sekuntum!

Tapi tulah pasal bab bab macam ni A lemah sekali aku tengok.....
Asyik sebut-sebut pasal J....


aku bukan nak bukak aib orang
terutama yang rapat ngan aku (A lah dalam kes ni)
tapi tulah.....
sampai sekarang A tengah kutip kace yang pecah dan aku yang tengah tolong.......





J pun satu hal
dah tau nak berkawan jangan la melebihi batasan seorang kawan
ni siap buat macam A ni ade harapan la kononnye.....
J mungkin x terniat nak buat A macam ni
tapi ingatlah J adakala kita(manusia sejagat)
x sedar kita melakukan kesalahan dan menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedari.....

inilah agaknye ye penangan cinta
datang INDAH, pergi MUSNAH!

Masa Kini

baru hari ini aku tengok tv untuk kesekian kalinye....
sebelum ni nak tengok tv tak sempat
sebab sibuk buat bende lain.

Aku rasa kecewa+sedih+marah+geram.
ini terjadi sebab aku tengok berita tv3 pukul 8 yang bertarikh 14/2/2010.

bende yang aku nak cakap pasal buang anak dulu.
harapnye korang tengoklah pasal bayi kene bakar tu
kes2 buang bayi ni berlaku sebab masalah sosial yang makin parah dalam negara kita ni.
buang anak ni berlaku sebab dah terlanjur(kebiasaanyer), lepas tu nak tutup malu @ nak senang(x nak jaga budak hasil hubungan haram tuh) dorang terus hapuskan insan yang tak berdosa.....
ini yang buat hati aku betul-betul sedih.

pada aku penyelesaian masalah kat atas ni senang je.
laksanakan hukum hudud. Habis cerite.
hukum manusia x berapa boleh pakai.
Korang tau apa hukuman untuk mereka yang ditangkap basah? (atau sama waktu dengannye)
mereka cuma perlu bayar duit ngan naek mahkamah.Tu je!
lepas dah settle dorang (couple yang kene cekup) buat projek balik.

nak cakap diorang insaf?
HARAM!!!!!!
ni sebab pulak yang buat aku betul-betul marah.
cuba kau fikirkan hukuman hudud tu.
ngeri tak rasenye kene sebat 80 KALI?
tujuannyer bukan nak dera si penzina, tapi jugak:
- menggerunkan hati-hati insan yang jahil yang nak berzina
-elakkan anak haram lahir,dibuang, dibakar,....... dan sebagainye
-mengukuhkan institusi keluarga
banyak lagi perkara baik selepas di lakukan hukuman hudud nih...
tapi....
itulah...
aku cuma sikerdil yang hanya mampu bersuara, suara akupun tidak kedengaran....
pada pihak yang terlibat nak cari penyelesaian
INILAH!!!!! penyelesaiannyer
jangan bile bende ni dah tak terbendung, korang sibuk pikir pakai otak manusia korang nak selesaikan masalah ni.
otak manusia hebat maca maner pun, IQ lebih 200 ke, otak manusia tetap otak manusia.
Segala suruhanNYA, ciptaanNYA, laranganNYA, adalah dalam pengetahuanNYA.

jadi aku salah satu dari hambaNYA berpesan pada kawan-kawan dan saudara-saudaraku (seislam) berpeganglah pada agama kita.


Kemudian KES 2:
lari kahwin dengan lelaki indonesia.
apa nak jadi la ni.....
selama bertaun-taun mak bapak bela
tiba-tiba jumpa lelaki yang tah dari mane asalnye terus lari.
Tak fikir ke jasa mak bapak selama ni?...
bape banyak pengorbanan untuk membesarkan anak-anak.
inilah anak-anak masa kini

(lebih kurang macam nilah time kecik-kecik dulu)

dah besar nyusahkan mak bapak!







Aku berharap janganlah kita tergolong dalam golongan sebegini.
Minta jauhkanlah.......
Amin........

Saturday, 13 February 2010

Wajah Tua...

Aku melihat wajah tuanya
Betapa dia bersusah untuk insan di sekelilingnya
Segala pengorbananmu
Bilakah aku mampu membalasnya
Hiba diriku bimbang tiadalah dapat ku balas pengorbananmu
Umurmu yang mencecah sedekad
Hanya seketika kau bergembira
Kuharapkan diriku tidaklah menghampakanmu
Harapanmu buatku akan kutunaikan
Doamu kuharapkan
Arahanmu kutaati
Agar diriku diberkati
Restumu kuingini
Wajah tuamu
Menyimpan seribu satu perkara
Suka dan duka
Tersemat di dada



Ayah & Ibu pengorbananmu akan ku kenang.....

Thursday, 11 February 2010

TuGaSaN................

aku tersedar.........
selepas azan subuh kedengaran aku sedar yang aku tidak lagi punyai waktu yang cukup. Aku segera menyiapkan segala tanggungjawabku terhadap diriku dan juga org lain. Aku berharap di beri kesempatan masa, ku harap jua agar waktu boleh diundur. Agar segala perkara yang ku kini kesali tidak berlaku. Apakan daya...........

Aku masih lagi menggagahkan diri ini menyempurnakan segala tugasanku. Setiap saat ku rasakan cukup menghimpit dadaku. Adakah ini suatu petunjuk buat diriku? yang sebelum ini leka...

Ingin kuluahkan segala yang terbuku dalam hati ini, tatkala jiwa ku merintih tiadalah daya lagi menghitung waktu yang akan hadir pada setiap insan bila tiba masanya nanti......

Ku harap diriku akan terus tetap tabah......











p/s: siapkan task dan sudy last minute membawa bahana

HaYatILaH