Thursday, 23 October 2008

Kajian oleh penyelidik Universiti Osaka, Hiroyasu Iso

"golongan pelahap atau mereka yang makan dengan laju hingga kenyang adalah tiga kali ganda lebih mudah menjadi gemuk berbanding mereka yang makan secara perlahan dalam jumlah yang sederhana"


Petikan ini di ambil dari Berita Harian 23/10/20008

Kajian ini membuktikan bahawa sunnah makan kunyah 40 kali yang diajarkan nabi Muhammad kepada kita. Pernahkah kita terfikir betapa banyak lagikah rahsia atau hikmah yang tidak diterokai dan diamalkan kepada kita.

Diharapkan agar sama-samalah kita bersama mengamalkan sunnah.

Thursday, 16 October 2008



Lagu ini mengingatkan kita tentang betapa pentingnya seorang rakan


Tuesday, 2 September 2008

Ramadan penuh barakah . luang kan masa untuk berDOA . Semoga berjaya . wassalam

Wednesday, 27 August 2008


Sekarang telah pun masuk bulan kemerdekaan, ramai yang menyambut gembira bulan ini. Mereka tertunggu-tunggu 31 ogos, berkumpul beramai-ramai di dataran merdeka dan meraikan kemerdekaan Malaysia yang di katakan telah merdeka sepenuhnya. Remaja-remaja boleh dilihat sewaktu sambutan ini datang beramai-ramai dan ada antara mereka dalam keadaan mabuk. Budaya merdeka ini sesuai dengan budaya Malaysia yang penuh dengan adat dan budaya TIMUR??!! Dimanakah remaja-remaja yang dikatakan sebagai penyambung warisan, menyambung generasi yang sudah usai sekarang ini?! Kita hendak letakkan harapan dan impian negara kita dalam tangan mereka?! Dimanakah erti kemerdekaan sebenar, perjuangan oleh pejuang-pejuang dahulu yang menyabung nyawa mereka semata-mata mempertahankan tanah air kita dan memikirkan kesenangan generasi masa hadapan.
Kehidupan sebagai pelajar memaksa kita agar jangan terlibat dengan politik, tetapi bagaimana dengan propaganda orang dalaman yang menjadikan kita sebagai boneka atau alat untuk mereka mencapai agenda sendiri??! Di sini menjadikan kita perlu mengambil tahu bahawa dunia politik kini akan menggunakan apa sahaja medium yang mereka perlu untuk menjaga kepentingan masing-masing. Adakala pelajar leka dengan situasi ini, mereka di kelirukan oleh mereka yang sudah sedia asal keliru.

HaYatILaH