
Sekarang telah pun masuk bulan kemerdekaan, ramai yang menyambut gembira bulan ini. Mereka tertunggu-tunggu 31 ogos, berkumpul beramai-ramai di dataran merdeka dan meraikan kemerdekaan Malaysia yang di katakan telah merdeka sepenuhnya. Remaja-remaja boleh dilihat sewaktu sambutan ini datang beramai-ramai dan ada antara mereka dalam keadaan mabuk. Budaya merdeka ini sesuai dengan budaya Malaysia yang penuh dengan adat dan budaya TIMUR??!! Dimanakah remaja-remaja yang dikatakan sebagai penyambung warisan, menyambung generasi yang sudah usai sekarang ini?! Kita hendak letakkan harapan dan impian negara kita dalam tangan mereka?! Dimanakah erti kemerdekaan sebenar, perjuangan oleh pejuang-pejuang dahulu yang menyabung nyawa mereka semata-mata mempertahankan tanah air kita dan memikirkan kesenangan generasi masa hadapan.



No comments:
Post a Comment